Klik P la iklan bawah ni.. hihihi

Friday 16 May 2014

Awas Pemilik Kenderaan : Operasi cermin gelap bermula 16 Jun


KUALA LUMPUR – Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun 2014 ini.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

"Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama







Berikut Maklumat mengenai tahap yangdibenarkan dan kaedah untuk memohon pemasnagan cermin gelap dari JPJ.


Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.
Pengecualian khas pemasangan cermin gelap
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.
Cara-cara memohon
Pemohon perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia dan  hendaklah mengisi icon Borang CG1 yang boleh didapati daripada mana-mana JPJ Negeri secara percuma. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
  1. Salinan kad pengenalan dan kad Pendaftaran Kenderaan  yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan Kerajaan termasuk rekod-rekod Perubatan yang terkini.
  3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan sertakan dokumen sokongan daripada Ketua Polis Negeri.
Kelulusan
Semua permohonan akan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan untuk kelulusan.
Tempoh
Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.
Pembaharuan
Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut:
  1. Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
  2. Salinan kad pengenalan dan Kad Pendaftaran  yang telah disahkan.
  3. Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan Kerajaan serta rekod-rekod Perubatan yang terkini (bagi tujuan kesihatan).
  4. Surat sokongan daripada Ketua Polis Negeri (bagi tujuan keselamatan).
  5. Salinan Sijil Kelulusan Cermin Gelap.
Sumber. http://www.jpj.gov.my/pemasangan-cermin-gelap

Friday 9 May 2014

Jom BackPacker Ke Phuket Siri 1

Pernahkah Kamu terfikir untuk bercuti ke phuket? risau mahal?? Nahh ikuti perjalan kita kali ni ke Phuket 4H3M dengan Budget ala2 Cukup Makan.. hihihi

Ni Antara kos2 yang dibelanjakan.

  1. Van Dannok ke Hatyai.                                   = RM 6.00 sehala
  2. Bas Hatyai ke Phuket Bas Station              = RM 38.00 sehala
  3. Sewa Van Ke Patong Beach                            = RM 12.00 seorang (sebiji van RM50.00)
  4. Hotel 1.5 bintang                                               = RM150 seorang utk 3 malam (twin sharing)
  5. Phi Phi Island                                                     = RM 110.00 seorang
  6. Pakej Rafting + macam2 sehari                     = Rm 80.00 seorang
  7. Makan + Kopi                                                      = RM 100 utk 4 hari ni.
Ni ja la jumlah yang dibelanjakan. tambah lagi utk RM 44.00 utk tambang balik. Murah dak? Kalau mahai jugak, hampa p bercuti kat wang kelian ja la.. hahaha. Makan Minum kira murah la sebab bila g pulau ngan rafting, depa bg makan siap.

So cerita aku kali ni terus skip ke terminal bas Hatyai, kalau ada nk tau mcm mana nk ke terminal bas hatyai, bleh klik sini  Danok To Hatyai . So Bila Hampa sampai sini terus la ke kaunter tiket bas ke Phuket, ada tulis besaq2 kat area bas paking tu. so beli tiket, n tgu ja la bas tu. bas ni klasik sikit, tapi siap ada tandas dalam. bleh la nk lena2 sini. cuma bas ni masuk di setiap daerah dlm otw Phuket. So lambat la skit. Kami bertolak jam 1230PM, Sampai 8.30 pm di Phuket.
Ni la Bas kami. canggih kan.. hihihi pastikan beli kropok byk2 skit

Leh beli ni kat Hatyai,
Nak senang bgtau driver taxi mau turun sini la

Sampai saja sini, amik ja van ke Patong, nnt bgtau driver nak turun kat Bangla Road atau Jangceloon Mall. kat sini hampa leh g cari hotel mengikut kemampuan hampa, Hotel sini belambak. Pasai apa aku duk sini? Sini adalah tempat paling happening kat Phuket ni. Segala mak neka ada, nk booking travel utk g jalan2 pun belambak, lagi satu makanan Halal disana-sini.

Jangcylon Mall, Mcm2 ada dlm ni,kapai pun ada
Jungcylon mall waktu malam, meriah

Kami sampai sini terus p makan KFC kat dlm jangcelon Mall ni, Sedap, Sini Halal. 

Makan2 setelah mengharungi perjalan yang Jauh

Pastu mula la kami reyap cari bilik, dapat bilik umah kedai, semalam dia cas RM 100 utk twin room.Bilik kira selesa la.  Pastu Mula la rancang aktiviti utk besok harinya. Di area ni, ada banyak travel agen di tepi2 jalan, hampa leh g pilih pakej mana yang hampa berkenan.

 Kami nya plan hari ke dua ke PHI PHI island, hari ke tiga G main Rafting ngan jungle tracking. semua aktiviti ni mula pagi sampai petang. so kena set siap2 apa plan hampa. aktiviti2 lain kena tunggu entry siri 2  ya. layan gambaq lu. tata.. jgn lupa klik tabung2 kat atas ya.. hihiihi

Sekitar Bangla Road. Muka bnagla xnampak pun.. hikhik

Banglaroad menghubungkan Jangcylon mall ngan Patong Beach. mcm2 ada kat jln ni mlm2.

Bergambar dlu. mai malam, xdak apa sgt la sini, kecuali org duk ****

Sini selalu ada boxing.

Di siang hari di patong, depa ni xdak tempat tingal kot. hihihi

Penulis Blog Kena 1000 sebatan dan Penjara


RIYADH - ARAB SAUDI. Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang penulis blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.

Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.

Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).

Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.

Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/penulis-blog-kena-1-000-sebatan-penjara-10-tahun-1.278274

Friday 2 May 2014

Jom Berbackpaker ke Bandung

Haii semua. kali ni pengalaman saya meronda ke bandung Indunesia.

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris diJawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.


Percutian kali ni rancang last2 minit jugak, so kami xbooking htl atau tour apa pun. men hentam ja. Kali ni Pg Berempat ja.

Kapal Kami bertolak malam n tiba sana dah kat kui 10 lbh dah.. suasana sunyi ja kat airport, terus cari taxi minta dihantar ke htl yang berhampiran. kena deal rega dlu la, takut berdarah tengkuk,, hihihi

Selamat Sampeiiii



Bila sampai bilik ja kami terus rehat2 n baru terpinga2 mana mau pg besoknya.. tapi jgn kuathir, boleh dikatakan kebanyakkan hotel di sini ada number2 agen pelancongan depa. dan harga pun ok la. soo kami booking n bergerak pada besokknya. satu kereta angaran 180rm leh naik 6 org. so syer2 la.. dia bawak kita dr pagi sampai malam..


Bilik pun ok la,, huhuhu

Kawan kita makan belut.. lapaq ni br sampai

Harga bilik sini leh dpt dlm 100-200 dah ok dah. tapi yang penting booking tour. Kalau Ramai jimat skit.

 Kami hari pertama terus pg Attack Toko Tiga. sini syurga jugak la bagi peminat jean.. saya pun xterkecuali beli.. tang ni saja habis berjuta2 rupiah.. hahaha.. kalau kaki shoping tu, siap la.. baru kedai pertama.
Berkoyan2 dah dibeli
Pilih2 Rega mmmg Murahh

Lepas berbelanja sakan kat toko 3, Kami dibawa ke Tangkubang Parahu. Tempat ni sebenarnya ialah kawasan Gunung Berapi yang msih aktif.. hihi soo leh tgk la kawah2 kat sana.tempat pun dingin.


Jalan naik Gunung ni.. nyamann

Bila sampai ja sini, nnt ramai la orang akan serbu mau jaui2 souvinier.. huhu meriah,, depa mengekor ja mana kita p.. semak jugak la.. hahaha.. hampa beli la skit. kesian depa, tapi kena nego kau2 la..  pastu ada agen akan offer untuk turun dekat ngan kawah, tapi kena bayar. Nasihat saya amik terus 2 jam, jangan amik 1 jam. nnt xsempat rileks2,, kalau lebih masa depa cas lg byk..

Cek da sampai..

Kawah dia.. duk aktif lg.. huhuh

 
Sekitar kawasan puncak



layan....
Yg ni aku suka..
Balaih Cucoq dlu.. hhihi

Nak g kat kawah ni kena jalan kaki dlm 20 min. berpeluh jugak la. nnt akan ada agent ikut, tour guide la kononya.. huhuh nnt hati2, apa kami wat kat kawah? hampa tgk la gambaq ni. hihihi
Pancitt menapak turun
Ni la kawasan kawah,, mcm kat suana

Lumoq Selut Gunung berapi, Depa kata baguih
Habis ja tour kat sini, kami terus pg makan kat tempat yg menang byk anugerah kat bandung ni. restoran dlm kebun, apa nama ntah. Tempat cantik n luass sgt, ramai org kat sini, siap kena amik nombor mau duduk. soo makan n njoy,,


kamu org kena mai makan sini,, dapp


Lapaq2
Habis tour sampai malam, so kami balik n lena sampai pg. hihihi
Besoknya byk jugak kami p, antaranya Rumah Mode, Pasar baru, Cibaduyot n mcm2 tempat lagi.
 Tour di indunesia ni rata2 harga lebih kurang ja. 400k rupiah sehari satu keta besaq, leh 6 org, pastu hampa bgtau ja dia nk p mana, atau dia akan suggest tempat best2 kat hampa. so layan ja gambaq.


Berbelanja disini lg syiok.. hihi ada retis sini

Sekitar mall Paris van Java

Sini byk artis2 jalanan

Begamboo lg

Cubala Nasi padang, lauk dikira yg kita makan aja, yg abes depa amik juai balik....

Ni tempat paling disukai kaum hawa,, siap la poket, Pasar baru
Stakat ni saja kali ni, so kpd mereka2 yg bercadang nk g sana, siap la rm byk2, berbaloi2 membeli sini. jgn takut2 nk g, sini senang ja nk bergerak, booking tour kat htl ja, gampang mas.

Ni Kadar Rm Yg Abes dibelanjakan.

1 : Hotel RM 150 (3 malam darab rm50 seorang)
2: Supir + Tour 3 Hari = Rm 1145seorang.(setelah dibahagi 4)
3. Makan =Rm150 lebih kurang.

Ni Budget utk keprluan asas ja. kalau campoq shoping, berganda2 la. hihihi
Murah kan.. xcaya g la try.. hihihi




Nnt kita buh crita p surabaya plak,,