|  | 
| Mungkin nanti aku akan menjadi botak dan muka jd mcm ni???? | 
Siapa yang suka rambut Gugur, lebih2 lagi di usia yang masih muda mcm aku.. kikiki,, tapi apa kan daya, rambut tetap meningalkan aku walaupun hari2 bagi air.. hihihi.. mcm2 produk dah dibeli n pakai, namun makin jarang dibahagian tengah dan belakang. pasti menjadikan aku nampak lebih tua dari umurku. huuu namun disini aku nak kongsi punca2 dan tips penjagaan rambut..
Kepada gadis2 diluar sana, janganlah memingir lelaki Botak,,
Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.
     
     Keguguran rambut yang berlaku antara 50
      
     
     hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun 
     begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut 
     gugur secara  
     
     berlebihan dengan mendapatkan rawatan  
     
     segera. Ini kerana proses kebotakan akan 
      
     
     melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada
     
     rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.
     
     Ini kerana keguguran rambut yang  
     tidak 
     dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala 
     menjadi botak selama-nya. 
     Masalah paling biasa berlaku apabila 
     akar rambut (papila) 
     mula menyusut (atrofi) 
     menyebabkan proses 
     pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang 
     akhirnya  
     rambut akan 
     gugur sendiri.
 Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
 1. Androgenetic alopecia - botak disebabkan faktor keturunan.
     
 2. 
     Traction alopecia - akibat sentiasa mendandan   rambut   dalam   satu   cara   dan kekerapan menarik rambut.
      
 3.Telogen effluvium - faktor tekanan emosi dan fisiologi.
     
 4. Anagen effluvium 
     (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.
     
 5.
Alopecia areata - serangan sistem imun terhadap sel folikel 
 
     
     Faktor paling utama ialah tekanan.
     
     
     Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja
     
     sehingga mengalami banyak tekanan kerja
     terutamanya jika tidak 
     ditangani dengan balk menjadi permulaan kepada 
     masalah 
     kehilangan rambut.
     
     Botak juga boleh berpunca melalui 
     
     
     genetik. Masalah keguguran rambut boleh 
     diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau 
     
     kedua-duanya.
     Selain itu pertumbuhan 
     dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon
     di dalam badan. Hormon 
     utama yang mempengaruhi proses ini ialah 
     dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas 
     androgen yang mengganggu 
     sistem endokrin.
     
     Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai 
     kotoran dan habuk akan menutup liang
     pada kulit kepala yang menyebabkan gang-guan pengeluaran minyak semula 
     jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini
     merencatkan 
     penghantaran nutrien sekali gus 
     
     menyebabkan rambut gugur.
     
     Antara faktor lain yang membawa 
     
     
     kepada   masalah   keguguran   rambut 
     
     
     seperti    kecederaan    kulit    kepala,
     
     pengambilan    ubat-ubatan,    amalan
     makanan tidak seimbang, 
     merokok, mengambil 
     minuman keras, trauma, 
     pencemaran bahan kimia 
     yang terkandung  
     dalam  produk dandanan 
     rambut, jangkitan virus 
     atau bakteria, 
     kehamilan dan alahan pada 
     bahan 
     kimia.
     
     Makanan seimbang 
     
     elak botak
     
     Untuk mengelakkan botak, 
     anda 
     disarankan mengamalkan 
     pemakanan 
     seimbang. Hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah
     protein khususnya asid 
     amino. Anda juga perlu 
     mendapatkan garam galian 
     terutama zat besi, 
     zink, kalsium, magnesium 
     dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga 
     memerlukan vitamin A, B 
     kompleks, C dan D untuk kekal 
     sihat.
     
     
     Penjagaan dan kebersihan kulit kepala 
     
     
     juga perlu diberi perhatian selepas seseorang
     
     mencecah usia akil baligh kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, 
     golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap 
     sekurang-kurangnya 
     dua kali sehari.
     
     Cara yang betul juga perlu dipraktikkan
     
     bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya
     dengan membilas rambut 
     dengan bersih setiap kali bersyampu dengan 
     menggunakan syampu yang 
     sesuai dengan kulit kepala. 
     Elakkan menggaru kulit 
     kepala dan digalakkan 
     mengurut lembut kulit 
     kepala bagi melancar-kan 
     perjalanan darah.
     
     Pilih gaya rambut yang mudah dijaga 
     
     dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan 
     gunakan sikat yang sesuai untuk
     menguruskan rambut. 
     Elakkan menggunakan 
     terlalu banyak produk 
     dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala 
     daripada 
     sinaran ultra lembayung.
Tips 1: JANGAN BIAR KULIT KEPALA BERMINYAK.
Ya, saya paham rambut awak pendek, jadi awak tak rasa rimas kalau tak 
basuh setiap hari atau selang sehari. Awak tak rasa rimas kalau 2-3-4-5 
hari biar rambut tak bershampoo. Tapi... mak dan makwe awak rimas. Sebab
 kulit kepala awak berminyak dan (maybe) busuk. Pastu kulit kepala 
berminyaklah senang gila rambut nak gugur. Minyak = lubricant. OMG 
common sense injected kan. Jadi shampoolah rambut anda selang sehari.
Tips 2: JANGAN SIKAT RAMBUT MASA BASAH.
Rambut dan kulit kepala jadi lembut dan fragile waktu basah. Waktu tuh jugalah awak nak sikat ya? Mmmph.
Tips 3: JANGAN IKAT RAMBUT MASA BASAH.
Ini untuk yang rambut panjang. Janganlah ikat rambut masa basah. First 
of all, rambut fragile ditarik-tarik. Secondly, rambut jadi kepam sebab 
belum kering sudah dikumpulkan bersama. Thirdly, bila kepam, dandruff 
pun berkepuk-kepuk, menutupi liang rambut, jadilah rambut gugur! Suka 
lettew botak.
Tips 4: JANGAN GUNA SHAMPOO PEREMPUAN
Ada sebab shampoo kita semua bergender. Shampoo perempuan untuk rambut 
perempuan yang lembut dan tak selalu letak gel/miyak/wax. Jadi rumusan 
dia pun lemah lembut hewhewhew. Bila awak pakai kat rambut awak yang 
penuh wax tuh, memanglah tak luntur waxnya. Jadi masih tinggal sisa-sisa
 wax yang boleh sumbat liang rambut awak. Malah, bila awak cuci tak 
cukup bersih, susah nak rapikan/stylekan rambut tuh the next day.
Sumber :
http://fazlisyam.com/lelaki/punca-lelaki-botak.html
 
No comments:
Post a Comment