Klik P la iklan bawah ni.. hihihi

Wednesday, 24 September 2014

GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK MENJELANG 2015 SELARAS GST?



Hebat dunia media sosial hari ini, boleh meramal masa depan yang belum pasti kunjung tiba.  Berita Semasa mengenai kesahihan kononnya tersebar berita kenaikan gaji kakitangan awam 2015 di media sosial seperti….Facebook dan di Twitter
Bertambah hebat lagi & terkejut apabila melihatkan tawaran angka kenaikan gaji 2015 untuk kakitangan awam :

Butiran Khabar Angin Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam :

  1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2014 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Semalam Perdana Menteri umumkan? Ermmmm….
  2. Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 (semua kakitangan sokongan) & RM1000 (untuk pegawai kerajaan)
  3. Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak RM300
  4. Kerajaan Malaysia dikatakan mahu melaksanakan sistem Band to Band 7 andaikata situasi mendesak dek kerana pelaksanaan GST 6% bermula April 2015
  5. Yang menariknya, pengumuman kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam mesyuarat kabinet pada semalam. Hebat…..pembawa dan penyebar berita ini
  6. Usul melibatkan pembentangan kertas kerja antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bertarikh 21 September 2014 dikatakan telah diluluskan kononnya
  7. Dan…..dikatakan berita kenaikan gaji 2015 naik utnuk kakitangan awam ini telah pun disahkan sendiri oleh Presiden Cuepacs
Erm….beginilah Berita Semasa berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan dan penyebaran berita seperti ini yang sedang meluas pada ketika ini sehingga menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikannya yang langsung tidak ada.
Hakikatnya, selepas semakan Berita Semasa terhadap wakil Cuepacs dan juga wakil JPA mengesahkan berita kenaikan gaji naik 2015 untuk kakitangan kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Jabatan Perkhidmatan Awam tiada pekeliling baru berkaitan hal yang bakal dikeluarkan mereka.
kenaikan gaji 2015 naikUntuk pengetahun semua, datuk Najib Razak bersama-sama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia sekarang ini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari lamanya di sana bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekaligus menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. Masakan boleh tersebar berita tidak bertanggungjawab seperti ini?
Jika anda mahu berita terkini mengenai pemberian bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam, nantikan sahaja laporan berita Semasa daripada masa ke semasa….seperti berita & informasi awal yang diperolehi sebelum ini oleh kalangan 1.4 juta kakitangan awam semasa pembentangan Bajet 2014 sebelum ini

Sumber- beritasemasa .com

Wednesday, 13 August 2014

Tahun 2015 Tahun melancong????? Cuti Banyak??

 Kelendar 2015 dah keluar dan byk cuti2 kelepasan am jatuh pada hari jumaat dan ahad, maknanya byk la cuti ganti. oleh itu meh la kita sama2 merancang jadual kehidupan, kerja dan percutian berpandukan Tarikh-Tarikh Rasmi dan Penting merujuk Kalendar Takwim 2015.
Bagi rakan2 yang ingin bercuti, mungkin inilah tahun yang paling sesuai tanpa menghabiskan banyak cuti tahunan anda kerana kebanyakkan hari kelepasan am jatuh pada hari jumaat dan ahad, maka adalah cuti ganti. k selamat merancang.....





Bagi aku, tahun ini adalah matlamat aku untuk menamatkan zaman bujangku. hihihihi doa2 kan lah kawan2.

Monday, 4 August 2014

Rebutlah Peluang Memiliki Rumah Prima sebelum Terlambat

Syarat Permohonan


Masih ramai lagi anak muda yang layak memohon bantuan rumah Prima tetapi masih tidak mendaftar bagi merebut peluang ini. Menurut sumber, jumlah rakyat malaysia terutamnya BUMIPUTERA masih kurang mendaftar. maka rebutlah peluang sementara masih ada.


Harga rumah akan meningkat berganda saban tahun.
Harga rumah dijangka akan meningkat dengan lebih tinggi pada tahun akan datang oleh kerana peningkatan harga barang dan kenaikan kos-kos lain.
sila yari laman web berikut dan mendaftarlah sekarang.
http://www.pr1ma.my/register.php

Sunday, 3 August 2014

Stress Punca Lelaki Botak

Mungkin nanti aku akan menjadi botak dan muka jd mcm ni????

Siapa yang suka rambut Gugur, lebih2 lagi di usia yang masih muda mcm aku.. kikiki,, tapi apa kan daya, rambut tetap meningalkan aku walaupun hari2 bagi air.. hihihi.. mcm2 produk dah dibeli n pakai, namun makin jarang dibahagian tengah dan belakang. pasti menjadikan aku nampak lebih tua dari umurku. huuu namun disini aku nak kongsi punca2 dan tips penjagaan rambut..

Kepada gadis2 diluar sana, janganlah memingir lelaki Botak,, 

Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.
Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secara berlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.
Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.

 Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

 1. Androgenetic alopecia - botak disebabkan faktor keturunan.
 2. Traction alopecia - akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.
 3.Telogen effluvium - faktor tekanan emosi dan fisiologi.
 4. Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.
 5. Alopecia areata - serangan sistem imun terhadap sel folikel 
 
Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan balk menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.
Botak juga boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.
Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.
Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gang-guan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur.
Antara faktor lain yang membawa kepada   masalah   keguguran   rambut seperti    kecederaan    kulit    kepala, pengambilan    ubat-ubatan,    amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, trauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung  dalam  produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.
Makanan seimbang elak botak
Untuk mengelakkan botak, anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir 90 peratus komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlu mendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harian yang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.
Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang min­yak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancar-kan perjalanan darah.

Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala dari­pada sinaran ultra lembayung.

Tips 1: JANGAN BIAR KULIT KEPALA BERMINYAK.
Ya, saya paham rambut awak pendek, jadi awak tak rasa rimas kalau tak basuh setiap hari atau selang sehari. Awak tak rasa rimas kalau 2-3-4-5 hari biar rambut tak bershampoo. Tapi... mak dan makwe awak rimas. Sebab kulit kepala awak berminyak dan (maybe) busuk. Pastu kulit kepala berminyaklah senang gila rambut nak gugur. Minyak = lubricant. OMG common sense injected kan. Jadi shampoolah rambut anda selang sehari.
Tips 2: JANGAN SIKAT RAMBUT MASA BASAH.
Rambut dan kulit kepala jadi lembut dan fragile waktu basah. Waktu tuh jugalah awak nak sikat ya? Mmmph.
Tips 3: JANGAN IKAT RAMBUT MASA BASAH.
Ini untuk yang rambut panjang. Janganlah ikat rambut masa basah. First of all, rambut fragile ditarik-tarik. Secondly, rambut jadi kepam sebab belum kering sudah dikumpulkan bersama. Thirdly, bila kepam, dandruff pun berkepuk-kepuk, menutupi liang rambut, jadilah rambut gugur! Suka lettew botak.
Tips 4: JANGAN GUNA SHAMPOO PEREMPUAN
Ada sebab shampoo kita semua bergender. Shampoo perempuan untuk rambut perempuan yang lembut dan tak selalu letak gel/miyak/wax. Jadi rumusan dia pun lemah lembut hewhewhew. Bila awak pakai kat rambut awak yang penuh wax tuh, memanglah tak luntur waxnya. Jadi masih tinggal sisa-sisa wax yang boleh sumbat liang rambut awak. Malah, bila awak cuci tak cukup bersih, susah nak rapikan/stylekan rambut tuh the next day.


Sumber :
http://fazlisyam.com/lelaki/punca-lelaki-botak.html


Friday, 16 May 2014

Awas Pemilik Kenderaan : Operasi cermin gelap bermula 16 Jun


KUALA LUMPUR – Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun 2014 ini.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

"Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama







Berikut Maklumat mengenai tahap yangdibenarkan dan kaedah untuk memohon pemasnagan cermin gelap dari JPJ.


Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.
Pengecualian khas pemasangan cermin gelap
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda:
  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.
Cara-cara memohon
Pemohon perlu membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia dan  hendaklah mengisi icon Borang CG1 yang boleh didapati daripada mana-mana JPJ Negeri secara percuma. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
  1. Salinan kad pengenalan dan kad Pendaftaran Kenderaan  yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan Kerajaan termasuk rekod-rekod Perubatan yang terkini.
  3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan sertakan dokumen sokongan daripada Ketua Polis Negeri.
Kelulusan
Semua permohonan akan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan untuk kelulusan.
Tempoh
Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.
Pembaharuan
Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut:
  1. Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
  2. Salinan kad pengenalan dan Kad Pendaftaran  yang telah disahkan.
  3. Surat pengesahan daripada Pakar Perubatan Kerajaan serta rekod-rekod Perubatan yang terkini (bagi tujuan kesihatan).
  4. Surat sokongan daripada Ketua Polis Negeri (bagi tujuan keselamatan).
  5. Salinan Sijil Kelulusan Cermin Gelap.
Sumber. http://www.jpj.gov.my/pemasangan-cermin-gelap

Friday, 9 May 2014

Jom BackPacker Ke Phuket Siri 1

Pernahkah Kamu terfikir untuk bercuti ke phuket? risau mahal?? Nahh ikuti perjalan kita kali ni ke Phuket 4H3M dengan Budget ala2 Cukup Makan.. hihihi

Ni Antara kos2 yang dibelanjakan.

  1. Van Dannok ke Hatyai.                                   = RM 6.00 sehala
  2. Bas Hatyai ke Phuket Bas Station              = RM 38.00 sehala
  3. Sewa Van Ke Patong Beach                            = RM 12.00 seorang (sebiji van RM50.00)
  4. Hotel 1.5 bintang                                               = RM150 seorang utk 3 malam (twin sharing)
  5. Phi Phi Island                                                     = RM 110.00 seorang
  6. Pakej Rafting + macam2 sehari                     = Rm 80.00 seorang
  7. Makan + Kopi                                                      = RM 100 utk 4 hari ni.
Ni ja la jumlah yang dibelanjakan. tambah lagi utk RM 44.00 utk tambang balik. Murah dak? Kalau mahai jugak, hampa p bercuti kat wang kelian ja la.. hahaha. Makan Minum kira murah la sebab bila g pulau ngan rafting, depa bg makan siap.

So cerita aku kali ni terus skip ke terminal bas Hatyai, kalau ada nk tau mcm mana nk ke terminal bas hatyai, bleh klik sini  Danok To Hatyai . So Bila Hampa sampai sini terus la ke kaunter tiket bas ke Phuket, ada tulis besaq2 kat area bas paking tu. so beli tiket, n tgu ja la bas tu. bas ni klasik sikit, tapi siap ada tandas dalam. bleh la nk lena2 sini. cuma bas ni masuk di setiap daerah dlm otw Phuket. So lambat la skit. Kami bertolak jam 1230PM, Sampai 8.30 pm di Phuket.
Ni la Bas kami. canggih kan.. hihihi pastikan beli kropok byk2 skit

Leh beli ni kat Hatyai,
Nak senang bgtau driver taxi mau turun sini la

Sampai saja sini, amik ja van ke Patong, nnt bgtau driver nak turun kat Bangla Road atau Jangceloon Mall. kat sini hampa leh g cari hotel mengikut kemampuan hampa, Hotel sini belambak. Pasai apa aku duk sini? Sini adalah tempat paling happening kat Phuket ni. Segala mak neka ada, nk booking travel utk g jalan2 pun belambak, lagi satu makanan Halal disana-sini.

Jangcylon Mall, Mcm2 ada dlm ni,kapai pun ada
Jungcylon mall waktu malam, meriah

Kami sampai sini terus p makan KFC kat dlm jangcelon Mall ni, Sedap, Sini Halal. 

Makan2 setelah mengharungi perjalan yang Jauh

Pastu mula la kami reyap cari bilik, dapat bilik umah kedai, semalam dia cas RM 100 utk twin room.Bilik kira selesa la.  Pastu Mula la rancang aktiviti utk besok harinya. Di area ni, ada banyak travel agen di tepi2 jalan, hampa leh g pilih pakej mana yang hampa berkenan.

 Kami nya plan hari ke dua ke PHI PHI island, hari ke tiga G main Rafting ngan jungle tracking. semua aktiviti ni mula pagi sampai petang. so kena set siap2 apa plan hampa. aktiviti2 lain kena tunggu entry siri 2  ya. layan gambaq lu. tata.. jgn lupa klik tabung2 kat atas ya.. hihiihi

Sekitar Bangla Road. Muka bnagla xnampak pun.. hikhik

Banglaroad menghubungkan Jangcylon mall ngan Patong Beach. mcm2 ada kat jln ni mlm2.

Bergambar dlu. mai malam, xdak apa sgt la sini, kecuali org duk ****

Sini selalu ada boxing.

Di siang hari di patong, depa ni xdak tempat tingal kot. hihihi

Penulis Blog Kena 1000 sebatan dan Penjara


RIYADH - ARAB SAUDI. Sebuah mahkamah di Arab Saudi, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 1,000 sebatan ke atas seorang penulis blog yang didakwa murtad selepas didapati bersalah kerana mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.

Sebelum ini, Raef Badawi yang diberkas pada Jun 2012 dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 600 sebatan, namun mahkamah rayuan mengarahkan tertuduh dibicarakan semula.

Hakim turut mengarahkan Raef membayar denda AS$266,000 (RM862,000).

Difahamkan, rangkaian kontroversi diasaskan bersama aktivis, Suad al-Shammari mengisytiharkan 7 Mei 2012 sebagai Hari Liberal dan menggesa menghentikan penguasaan agama dalam kehidupan masyarakat di negara.

Laman blog tersebut juga didakwa melemparkan kritikan pedas terhadap beberapa ulama, Suruhanjaya Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan fatwa yang kononnya didakwa berbahaya kepada Islam, laporan dipetik dari Al-Jazeera.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/penulis-blog-kena-1-000-sebatan-penjara-10-tahun-1.278274

Friday, 2 May 2014

Jom Berbackpaker ke Bandung

Haii semua. kali ni pengalaman saya meronda ke bandung Indunesia.

Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris diJawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.


Percutian kali ni rancang last2 minit jugak, so kami xbooking htl atau tour apa pun. men hentam ja. Kali ni Pg Berempat ja.

Kapal Kami bertolak malam n tiba sana dah kat kui 10 lbh dah.. suasana sunyi ja kat airport, terus cari taxi minta dihantar ke htl yang berhampiran. kena deal rega dlu la, takut berdarah tengkuk,, hihihi

Selamat Sampeiiii



Bila sampai bilik ja kami terus rehat2 n baru terpinga2 mana mau pg besoknya.. tapi jgn kuathir, boleh dikatakan kebanyakkan hotel di sini ada number2 agen pelancongan depa. dan harga pun ok la. soo kami booking n bergerak pada besokknya. satu kereta angaran 180rm leh naik 6 org. so syer2 la.. dia bawak kita dr pagi sampai malam..


Bilik pun ok la,, huhuhu

Kawan kita makan belut.. lapaq ni br sampai

Harga bilik sini leh dpt dlm 100-200 dah ok dah. tapi yang penting booking tour. Kalau Ramai jimat skit.

 Kami hari pertama terus pg Attack Toko Tiga. sini syurga jugak la bagi peminat jean.. saya pun xterkecuali beli.. tang ni saja habis berjuta2 rupiah.. hahaha.. kalau kaki shoping tu, siap la.. baru kedai pertama.
Berkoyan2 dah dibeli
Pilih2 Rega mmmg Murahh

Lepas berbelanja sakan kat toko 3, Kami dibawa ke Tangkubang Parahu. Tempat ni sebenarnya ialah kawasan Gunung Berapi yang msih aktif.. hihi soo leh tgk la kawah2 kat sana.tempat pun dingin.


Jalan naik Gunung ni.. nyamann

Bila sampai ja sini, nnt ramai la orang akan serbu mau jaui2 souvinier.. huhu meriah,, depa mengekor ja mana kita p.. semak jugak la.. hahaha.. hampa beli la skit. kesian depa, tapi kena nego kau2 la..  pastu ada agen akan offer untuk turun dekat ngan kawah, tapi kena bayar. Nasihat saya amik terus 2 jam, jangan amik 1 jam. nnt xsempat rileks2,, kalau lebih masa depa cas lg byk..

Cek da sampai..

Kawah dia.. duk aktif lg.. huhuh

 
Sekitar kawasan puncak



layan....
Yg ni aku suka..
Balaih Cucoq dlu.. hhihi

Nak g kat kawah ni kena jalan kaki dlm 20 min. berpeluh jugak la. nnt akan ada agent ikut, tour guide la kononya.. huhuh nnt hati2, apa kami wat kat kawah? hampa tgk la gambaq ni. hihihi
Pancitt menapak turun
Ni la kawasan kawah,, mcm kat suana

Lumoq Selut Gunung berapi, Depa kata baguih
Habis ja tour kat sini, kami terus pg makan kat tempat yg menang byk anugerah kat bandung ni. restoran dlm kebun, apa nama ntah. Tempat cantik n luass sgt, ramai org kat sini, siap kena amik nombor mau duduk. soo makan n njoy,,


kamu org kena mai makan sini,, dapp


Lapaq2
Habis tour sampai malam, so kami balik n lena sampai pg. hihihi
Besoknya byk jugak kami p, antaranya Rumah Mode, Pasar baru, Cibaduyot n mcm2 tempat lagi.
 Tour di indunesia ni rata2 harga lebih kurang ja. 400k rupiah sehari satu keta besaq, leh 6 org, pastu hampa bgtau ja dia nk p mana, atau dia akan suggest tempat best2 kat hampa. so layan ja gambaq.


Berbelanja disini lg syiok.. hihi ada retis sini

Sekitar mall Paris van Java

Sini byk artis2 jalanan

Begamboo lg

Cubala Nasi padang, lauk dikira yg kita makan aja, yg abes depa amik juai balik....

Ni tempat paling disukai kaum hawa,, siap la poket, Pasar baru
Stakat ni saja kali ni, so kpd mereka2 yg bercadang nk g sana, siap la rm byk2, berbaloi2 membeli sini. jgn takut2 nk g, sini senang ja nk bergerak, booking tour kat htl ja, gampang mas.

Ni Kadar Rm Yg Abes dibelanjakan.

1 : Hotel RM 150 (3 malam darab rm50 seorang)
2: Supir + Tour 3 Hari = Rm 1145seorang.(setelah dibahagi 4)
3. Makan =Rm150 lebih kurang.

Ni Budget utk keprluan asas ja. kalau campoq shoping, berganda2 la. hihihi
Murah kan.. xcaya g la try.. hihihi




Nnt kita buh crita p surabaya plak,,

Thursday, 17 April 2014

JOM BERBACKPAKER KE KRABI BUDGET SIPUT



Cummeii dak.. hahaha


Hai semua. kali saya nk berkongsi pengalaman bercuti ke krabi cara orang-orang budget.. hihihi

kg saya kat jitra ja, so ngan thailand ni 20min ja naik motor. kadang2 masuk g makan petang naik motor ja kat pekan danok.. makan jaa tau.. hehehe
so dah biasa, kalai ni sya n seorang rakan telah ke sana menaiki van lompat2.. hihihi
Ni Kos Kami kat sana selama 3h2m :

Van dari dannok Ke Hatyai      = Rm 6.00
Van dari Hatyai Ke Aonang      = Rm 40.00
Hotel 2 malam                           = Rm 200.00 (kira 1 orang 100 la)
Bot Ke PHI PHi Island              = Rm 110.00
Sewa Motor Siam (2Hari)         = Sehari Rm 20.00
Makan + Minum                       = 100.00 
van aonang ke hat yai                =Rm40.00
Hatyai Dannok                          = Rm 6.00
Lain2                                        = Rm 50.00
Jumlah kasaq                             = 472.00

Sempoi x? ni kira kasaq la kalau hampa x p perabih beli mcm2 lg.

hari pertama.

pukui 9 pagi kami dah duk bersarapan kat pekan dannok. amik van ke hatyai depan kedai 7e bertentang ngan hotel oscar. Van siam banyak, pastu ulat menipu pun banyak, kalau depa tanya, cakap ja nak pg hatyai yang naik van RM 6.00. nnati depa tunjuk, jangan sewa sebijik terus, nnt kena Rm 70.00.

Van Ni depa sumbat sampai 15 or, van besaq. Jgn duk Blakang skali.. hihihi

Perjalan ke hat yai +- 1jam la. pastu da sampai, bgtau kat brader van tu, nak ke bas terminal. jgn diam ja. nnt dia p tauk hampa kat ulat.. hahaha
Ni La Ghupa bas terminal, tapi van yang banyak.


Sampai ja hatyai, korang akan duhujani ulat2 yang akan berkata PAI NAI kHAp? iaitu mau pg mana? korang senyum ja. korang pg cari agen2 pelancongan mcm kat tepi2 bas terminal tu, ada belambak, bgtau nk p aonang, jangan cakap nak g krabi. ( Krabi ialah sebuah pekan, Aonang dekat pantai n lg best)

Agent tu akan bgtau la jam brapa, n hampa jangan lupa minta diskaun, kalau x kena sembelih. 
Perjalanan ke krabi amik masa 4-6 jam merentasi kg2 siam. nnt dia akan singgah berhenti berehat kat tempat makan dekat ngan Trang. korang salin number van, takut tersilap naik pulak lepas rehat. hahaha
Begamba ngan Tut TuT dlu No..

teka mesin Ni juai apa???? hihihihi



Pastu dia akan terus perjalanan sampai ke krabi dan masuk ke aonanag area. Kalau hampa dah booking online kat aonang, trun aonang la. bgtau alamat kat van, nnt dia hanatq skali. tapi bagi nasihat aku, bek hampa p duk kat aonang beach. sana happening. nnt bgtau driver nak turun kat McDonald kat aonanag.  kami g terjun ja cari bilik kat sana. kalau hampa xyakin, booking dluy kat agoda atau mana2 website. tapi kalau g terus, low season selalunya ada ja bilik. bersepah sana. lg murah aja. tapi kena suvey.
Ni la Bilik Kami berdua

hari pertama xwat apa sgt, duk merayap dekat2 aonang ja. naik scuter comei. hihih sini minyak 1 liter rm4.10 lebih kurang. murah kan.. hahaha
 So time malam atau petang hampa kena la g cari agent2 pelancongan yang bersepah di sepanjang pantai ounang. jalan ni ala2 mcm kat pantai chenang langkawi tu. pilih dan berdiskaunlah ngan depa, sini cakap mnelayu pun ada yang paham.  korang kena booking siap2 nk g ke mana besok tu.

Cdangan aku hampa p Phi Phi island la. best n menjadi tumpuan dunia. xcaya serch la kat google. hihih
pastu kalau sempat p emerald pool. naik gajah ka. mcm2 ada. island hoppping, james bond island, rafting. kira kalau mai duk sini banyak hari cukup la.

Day 2.
Nanti pagi2 jam 8 ada dah van mai jemput kat hotel hampa, pakai seluaq pendek, bawak kamera ngan sedikit duit dah cukup. kalau ada ubat muntah pun beli p. hahaha. soo biarlah gambaq berbicara.


Monkey bay



Lepak lu pas makan

Cantik kan air.. xsabar mau terjun

Ni kat Bamboo island

Broder dari KL. nanti hampa akan jumpa ramai org malaysia

Gua apa ntah. lupa

Syiokkkk>>>

Nanti makan minum semua depa bagi kat phi phi island tour ni

Kalau pandai Selam leh amik cenderamata kat bawah sana.. hihihi
                         
So trip Phi Phi island ni merangkumi banyak perhentian dan pulau, ada 2 x snorkling. n paling best pg MAYA BAY. tapi kami nasib xbek, sebab ombak kuat sana. so bot xleh p. huaaaaaaaaa
trip ni habis petang tau kira2 jam 4 petang. so pas abes trip depa antaq balik bilik.


Waktu petang aku ronda2 naik motor pg Pekan krabi, sana ada pasar malam n juai baju murah2.. dekat ja. rugi kalau hampa xp. bab jalan raya ni xpa, tanya orang. krabi night market. nnt org tunjuk.

Commei motor aku sewa.. minyak plak mahaii..
kat pasar malam rata2 banyak peniaga muslin dari pattani dan depa bleh cakap bahasa kita. soo makan dan njoy sana sampai tgh malam, siap ada show lg.. huuhu. bila nak paking mototr tu jgn lupa salin number motor, takut lupa
Sotong bakar. rm1.00 ja.. Punca gautt ni.. hihihihi
so pas makan2 kami balik semula ke aonang, kat sini macam2 ada sampai lewat malam. Massage? bersepah.. p jgn x p. hahahah 30rm ja 2 jam.
NGeeee... kedai apa tuu.. hihi

. so hari ke tiga.
Hr ni kami bangun awai p bergambar sana sini sebelum balik. banyak lagi tempat lain, kami xdan p sebab masa. lain hari leh g la.. hihihihi

Ni tempat kami lena
POYOOOOO.. hahaha

hampa mai la begamq kalau smapai

Awat ni.. hihiihi

Bab makan murah jangaan bimbang. xhabis rm10.00 aih skali hadap.
 jgn dok p cari mahai2 dah la

MAri2.

So pada dari ke-2 pas balik dari pulau, hampa jgn lupa p booking van aonang ke hat yai. nnt lupa haru.. haha leh ja boking kat kaunter agen pelancongan yg hampa booking bot tu.

elok booking pukui 11 pagi bertolak ke hat yai. nnt bgtau driver van nak turun hat terminal bas, pastu korang p balik kat kauter van yg turunkan hampa waktu mai dari dannok tu.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik-menarik ngan gambaq aku segan nak upload, kali ni aku nk fokuskan mcm mana nak sampai sana.
So selamaat berkelana, kalau yang xfaham2 dan was2 leh tanya kita. yang kita tau kita bantu la. dak pun singgah mai jitra dlu sblm p. hihihihhi