Klik P la iklan bawah ni.. hihihi

Wednesday, 24 September 2014

GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK MENJELANG 2015 SELARAS GST?



Hebat dunia media sosial hari ini, boleh meramal masa depan yang belum pasti kunjung tiba.  Berita Semasa mengenai kesahihan kononnya tersebar berita kenaikan gaji kakitangan awam 2015 di media sosial seperti….Facebook dan di Twitter
Bertambah hebat lagi & terkejut apabila melihatkan tawaran angka kenaikan gaji 2015 untuk kakitangan awam :

Butiran Khabar Angin Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam :

  1. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dikatakan semalam telah mengumumkan akan berlakunya kenaikan gaji 2014 naik untuk kakitangan kerajaan bermula 1 Januari 2015. Semalam Perdana Menteri umumkan? Ermmmm….
  2. Kadar kenaikan gaji 2015 naik untuk penjawat awam adalah RM500 (semua kakitangan sokongan) & RM1000 (untuk pegawai kerajaan)
  3. Elaun risiko untuk kakitangan awam sebanyak RM300
  4. Kerajaan Malaysia dikatakan mahu melaksanakan sistem Band to Band 7 andaikata situasi mendesak dek kerana pelaksanaan GST 6% bermula April 2015
  5. Yang menariknya, pengumuman kenaikan gaji 2015 naik untuk kakitangan awam ini telah disahkan Ketua Setiausaha Negara (KSU) dalam mesyuarat kabinet pada semalam. Hebat…..pembawa dan penyebar berita ini
  6. Usul melibatkan pembentangan kertas kerja antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bertarikh 21 September 2014 dikatakan telah diluluskan kononnya
  7. Dan…..dikatakan berita kenaikan gaji 2015 naik utnuk kakitangan awam ini telah pun disahkan sendiri oleh Presiden Cuepacs
Erm….beginilah Berita Semasa berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan dan penyebaran berita seperti ini yang sedang meluas pada ketika ini sehingga menimbulkan lebih banyak keburukan daripada kebaikannya yang langsung tidak ada.
Hakikatnya, selepas semakan Berita Semasa terhadap wakil Cuepacs dan juga wakil JPA mengesahkan berita kenaikan gaji naik 2015 untuk kakitangan kerajaan adalah tidak benar sama sekali. Jabatan Perkhidmatan Awam tiada pekeliling baru berkaitan hal yang bakal dikeluarkan mereka.
kenaikan gaji 2015 naikUntuk pengetahun semua, datuk Najib Razak bersama-sama delegasi menteri-menteri luar dari seluruh dunia sekarang ini berada di New York, Amerika Syarikat selama tempoh 9 hari lamanya di sana bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekaligus menyampaikan ucaptamanya pada 26 September 2014 ini. Masakan boleh tersebar berita tidak bertanggungjawab seperti ini?
Jika anda mahu berita terkini mengenai pemberian bonus Bajet 2015 untuk kakitangan awam, nantikan sahaja laporan berita Semasa daripada masa ke semasa….seperti berita & informasi awal yang diperolehi sebelum ini oleh kalangan 1.4 juta kakitangan awam semasa pembentangan Bajet 2014 sebelum ini

Sumber- beritasemasa .com

No comments:

Post a Comment